Wednesday, October 08, 2008

all our life lessons on a sheet of paper. pft, yeah right.

kepercayaan kepada Tuhan. - keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
amanah. - sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
harga diri. - keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
bertanggungjawab. - kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas atau kewajipan dengan sempurna.
hemah tinggi. - beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
toleransi. - kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
berdikari. - kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa begantung kepada orang lain.
kerajinan. - usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
kasih sayang. - kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang datang seripada hati yang ikhlas.
keadilan. - tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
rasional. - boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
kesederhanaan. - bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

kasih sayang terhadap keluarga. - persaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
hormat dan taat kepada anggota keluarga. - memuliakan setiap ahli keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.
mengekalkan tradisi kekeluargaan. - menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.
tanggungjawab terhadap keluarga. - kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.
menyayangi dan menghargai alam sekitar. - kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. - keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
kemapanan alam sekitar. - pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
peka terhadap isu-isu alam sekitar. - prihatin tentang persoalan yang berkaitan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

cinta akan negara. - perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
taat dan setia kepada Raja dan Negara. - kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
sanggup berkorban untuk negara. - kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaikan untuk Negara.
melindungi hak kanak-kanak. - membela, memberi naungan dan memelihara kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka sempurna.
menghormati hak wanita.- melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.
melindungi hak pekerja. - menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara.
menghormati hak golongan kurang upaya. - memberi layanan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
melindungi hak pengguna. - membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmy, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
mematuhi peraturan dan undang-undang. - menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
kebebasan bersuara. - kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentun bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
kebebasan beragama. - kebebasan setiap individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
penglibatan diri dalam pembangunan negara. - kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
sikap keterbukaan. - bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras denfan kebenaran fakta dan norma masyarakat.
saling membantu dan bekerjasama. - usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
hidup bersama secara aman. - hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
saling menghormati antara Negara. - menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menhamin kesejahteraan sejagat.


there you go. the bane of every non-Muslim spm student. got to have gotten that off my head. =/ i think i remember about half of that?
ugh, save me.

trixie,

No comments: